Rabu, 29 Oktober 2008

CD PANDUAN PENULISAN KHAT RIQ'AH DAN NASAKH





Cd Penulisan Khat Nasakh dan Riq'ah yang diterbitkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan moral adalah usaha murni Kementerian Pelajaran Malaysia memartabatkan seni khat di Malaysia. Cd ini diterbitkan pada tahun 2007 diedarkan secara percuma untuk Sekolah Kebangsaan seluruh Malaysia. Antara penulis yang menjayakan cd ini ialah Ustaz Zawadi bin Che Seman (menulis panduan Khat Nasakh dan Ustaz Zuhud'Ulya Iberahim (menulis panduan Khat Riq'ah)Begitu Juga Ustaz Abd Wahab Bin Khalid Dan Ustaz Hasrul Hashim Pakar Komputer Yang bertungkus-lumus Mengedit video. Tidak dilupakan Pengarah projek, Ustaz Zamri Bin Abd. Rahim dari Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam yang banyak memberi sumbangan idea serta guru-guru Pendidikan Islam Sekolah-sekolah Kebangsaan di Kelantan dan Terengganu. Terima Kasih kepada semua yang terlibat.

Isnin, 27 Oktober 2008

Motivasi Kepada Penulis


Saidina Ali Karramallau Wajhahu berkata: " Khat itu tersembunyi dalam pengajaran guru, Kekuatan seseorang penulis itu dengan membuat latihan yang berterusan". Kesimpulan dari kata-kata Saidina Ali K.W bahawa seorang penulis khat yang hebat perlu melalui proses ini, iaitu berguru dan membuat tamrin(latihan) Saya berminat dengan kata-kata yang kedua(membuat latihan) penulis khat perlu membuat latihan bistimrar. Saya bagi contoh seorang penulis Malaysia yang saya kenali
1. Ustaz Zawadi Che Seman seorang pensyarah seni khat di institut perguruan Islam, bangi. Saya kerap Pergi memberi kursus dengan beliau. Masa terluang dipenuhi dengan amsyak( latihan) setiap latihan beliau disertakan dengan titik(ukuran huruf) hatta dalam perjalanan kami ke Sabah didalam kapal terbang, beliau masih lagi sem,pat membuat latihan.

Rabu, 22 Oktober 2008

KHAT ATAS BATU

Surah al-Asr seperti latihan khat Riq'ah diukir di atas batu bukit yang diambil dari Gua Musang Kelantan.
Surah ad-Dhuha seperti latihan khat Diwani Diukir atas batu.













Ahad, 19 Oktober 2008

CARA MEMPELAJARI SENI KHAT DENGAN BERKESAN

CARA MEMPELAJARI SENI KHAT DENGAN BERKESAN
1. Belajar di bawah pengawasan dan bimbingan guru yang terlatih dan berpengalaman dengan asas pelajaran penulisan seperti cara duduk yang betul, cara memegang kalam, kaedah betul mengasah kalam dan memotong mata kalam yang yang sesuai bagi jenis khat, cara meletakkan mata kalam di atas kertas, teknik meletakkan bekas dakwat dan menerangkan cara meletakkan span di dalamnya.
2. Latihan yang berterusan mengikut kaedah penulisan yang muktabar.
3. Merujuk buku atau hasil karya penulis-penulis yang masyhur seperti Hasyim Muhammad al Baghdadi yang menjadi rujukan peminat-peminat khat di Asia dan Eropah.
4. Meniru atau menekap tulisan penulis-penulis yang berpengalaman dengan tujuan memahirkan penulisan.

Jumaat, 10 Oktober 2008

Latihan Khat Riq'ah


Kepada Ahli Persatuan Seni Khat Al Mashoor, Sila Download Tulisan ini. Kemudian tulis semula sebanyak mungkin, Minggu depan Saya nak tengok latihan kamu.

Rabu, 8 Oktober 2008

PAMERAN SOLO DAN DEMO SENI KHAT

Tempat : Lobi Tanjung Bunga Hotel
Tarikh : 18/10/2008 (Sabtu)
Masa : 11 Pagi
Oleh : Zuhud'Ulya Iberahim
Anjuran: Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (University Sains Malaysia)

Ahad, 5 Oktober 2008

majlis-tilawah-al-quran-a-festival-kesenian-islam-usm-2008

























Tema : Personafikasi Seni Dalam Keoknuman Muslim.
Tarikh : 5-7 September 08 & 12-14 September 08.
Tempat : Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia.
Aktiviti : Statik Showcase, Pertunjukkan Busana Muslimah,Forum dan macam-macam lagi.
Pertandingan : Tilawah Al-quran (Terbuka,USM & Kanak-kanak), Berzanji, Khat, Karya seni & Nasyid.

SMKA Al_Mashoor (L) telah menyertai pertandingan seni khat, sebanyak 20 pelajar dari sekolah ini telah menyertai pertandingan seni khat, SMKA Al Mashoor Lelaki Merupakan antara 3 buah SMKA Kluster dari 30 buah sekolah Kluster Cemerlang seluruh negara. Niche area sekolah ini ialah Penghayatan Islam( seni khat dan tarannum) . Dalam ucapan aluan Pengetua Sempena Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Negeri baru-baru ini, beliau menegaskan sekolah ini akan menubuhkan akademi seni( khat dan tarannum) pada tahun depan. insyaAllah Al-Mashoor akan dapat melahirkan lebih ramai penulis Khat yang hebat.
Tahniah kepada Pelajar al-Mashoor Kerana telah menyapu bersih dalam pertandingan seni khat peringkat USM.
Tempat pertama : Mohd Muzammil bin ZAbidi, hadiah wang tunai Rm80 Piala dan sijil
Tempat Kedua : Mohd Hilman hadiah wang tunai RM50 Piala dan sijil
Tempat Ketiga : Mohd Asri hadiah wang tunai Rm30 piala dan sijil

semoga anda akan menjadi khattat yang disegani pada masa akan datang

BUKU PENGENALAN ILMU SENI KHAT





Buku pengenalan ilmu seni khat, sejarah, tokoh dan jenis-jenis khat daripada Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia, merupakan hasil buku khat yang terbaik yang diterbitkan, antara isi kandungan buku ini ialah
1. Pengenalan ilmu seni khat
2. sejarah ringkas seni khat
3. Persediaan mempelajari ilmu seni khat
4. Kaedah Penulisan khat
5. Tokoh seni khat antarabangsa dan tempatan
6. Seni Zukhruf