Selasa, 24 Mac 2009

KRU ASTRO OASIS DI GALERI AHNAFKHAT

Kamal sedang lepak atas motor antik saya

Saya sedang mengajar Kamal tentang Khat

Kru dari GS Production bersiap sedia untuk shotting



Alhamdulillah, hari ini, hari yang penuh bermakna buat saya dalam mengharungi kegemilangan seni khat. Kru dari gs production datang membuat shooting di galeri saya di Bandar Laguna Merbok bagi program siri satu kesenian islam, saya menjadi watak utama mengajar hos
Ahmad Kamal Ahmad Adli (Hero Remaja 2008) tentang seni khat. Program ini dibawah naungan astro oasis dalam mencari kesenian Islam yang semakin hilang, tunggu tayangannya tidak lama lagi di Astro Oasis

Jumaat, 6 Mac 2009

PROGRAM SENI KHAT SEMAKIN MALAP




Sejak pertukaran kepimpinan kementerian Kebudayaan kesenian dan warisan, program seni khat tidak lagi seperti dulu, pertandingan yang dianjurkan sebelum ini, tidak lagi diteruskan seperti manifestasi perdana seni khat, perkhemahan seni khat remaja peringkat kebangsaan dan festival jawi dan khat sekolah-sekolah peringkat kebangsaan.Tahun ini merupakan tahun yang malap bagi perkembangan seni khat.
Begitu juga, kursus-kursus yang telah dianjurkan oleh kementerian Pelajaran tidak lagi kedengaran. Apakah nasib seni khat? Siapa lagi yang akan memperjuangkan seni khat? Persatuan ? Kementerian ? Penggiat seni khat? begitulah persoalannya?